Tawaran menarik menanti anda di Pesta Buku Peringkat Kebangsaan

Pesta Buku

Jika anda belum mengetahuinya lagi, Pesta Buku Peringkat Kebangsaan bersempena Hari Belia Negara 2011 akan diadakan di Dataran Putrajaya, Putrajaya. Bermula dari Jumaat 27 Mei sehingga Ahad 29 Mei 2011 dan masa operasi ialah jam 10 pagi hingga 10 malam.

TrueWealth telah menyewa sebuah booth di sana untuk pameran buku-buku keluaran TrueWealth. Dan untuk pengetahuan anda, nombor booth TrueWealth ialah 15.

Hadirkanlah diri anda bersama keluarga, rakan-rakan serta jiran anda ke sana untuk menikmati tawaran menarik yang telah kami sediakan seperti diskaun pembelian buku sehingga 50% dan pelbagai lagi.

Dan juga, semua pembeli yang membuat pembelian berjumlah RM100 ke atas akan mendapat rakaman audio percuma daripada saya yang bertajuk Ground Rules of Smart Investing. Bagi pembelian berjumlah RM150 ke atas pula, pembeli akan layak menerima tambahan sekeping VCD temu ramah di antara Jason Lo dan saya yang bertajuk Latte @ 8. Manakala bagi pembelian berjumlah RM350 ke atas pula, pembeli akan menerima hadiah tambahan sebuah buku percuma (pilihan TrueWealth). Peluang seperti ini adalah istimewa untuk pesta buku ini sahaja, jadi jangan lepaskan peluang menarik ini.

Datanglah beramai-ramai ke Pesta Buku Peringkat Kebangsaan sempena Hari Belia Negara 2011 dan jangan lupa untuk singgah ke booth TrueWealth.


 

Signature

Life is too short to be ordinary!






No comments:

Post a Comment